Skip to main content

011-25433527 jaheaik@kelantan.gov.my ahad-khamis 8.00 - 5.00

HJ MOHD RIDZUAN BIN SULAIMAN


KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
NO. TEL. : 09-7443633

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan khidmat dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, peranan ICT menjadi tunjang utama dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan awam, khususnya di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Justeru, transformasi digital perlu dilaksanakan secara berterusan agar jabatan ini kekal relevan dan efisien dalam memenuhi keperluan masyarakat.

Laman web rasmi JAHEAIK merupakan salah satu inisiatif utama ke arah pendigitalan jabatan, berfungsi sebagai saluran komunikasi serta platform perkongsian maklumat yang boleh dicapai tanpa batasan masa dan tempat. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan ketelusan dan keberkesanan penyampaian maklumat, malah memberi nilai tambah kepada mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan kepada pelanggan dan masyarakat umum.

Akhir kata, saya menyeru seluruh warga JAHEAIK untuk terus mengamalkan budaya kerja berasaskan teknologi, memperkukuh integriti dan profesionalisme serta menyumbang ke arah pencapaian visi jabatan. Segala pandangan membina amat dialu-alukan demi penambahbaikan berterusan ke arah perkhidmatan yang cemerlang dan lestari.

Wassalam.