Bahagian Penyelidikan
UNIT PENTADBIRAN
- Bertanggungjawab menerima, merekod dan memantau perjalanan/pengedaran surat-surat serta menentukan kemasukan surat-surat ke dalam fail di Bahagian Penyelidikan.
- Bertanggungjawab dalam merekod cuti kakitangan .
- Bertanggungjawab dalam membuka fail-fail baru, membaiki fail rosak dan merekod pergerakan fail.
- Bertanggungjawab membantu KPP (PY) dalam mengurus, menyelia serta mengambil perjalanan sewajarnya keatas kakitangan Bahagian Penyelidikan berkaitan dengan Laporan Prestasi, Disiplin, Penempatan Tugas, Kehadiran Kakitangan dan Kursus / Latihan.
- Mengurus Urusan Penilaian Prestasi Tahunan Kakitangan dalam Sistem Hrmis.
- Bertanggungjawab dalam penyediaan dan penyemakan Pesanan Tempatan (L/O).
- Membantu KPP (PY) dalam penyediaan Bajet Bahagian Pennyelidikan.
- Mengendalikan urusan tempahan makan minum untuk mesyuarat dan program-program di Bahagian Penyelidikan.
UNIT AKIDAH DAN SYARIAH
- Menerima, membuat penyelidikan dan pemantauan terhadap aduan berkaitan penyelewengan akidah, ajaran sesat, adat melayu dan lain-lain kegiatan / perlakuan yang diragui serta bercanggah dengan hukum syarak.
- Menyediakan laporan / kertas kerja bagi mendapatkan perakuan atau “Endorsemen” dan pandangan daripada agensi / jabatan yang berkaitan mengenai penyelewengan akidah, ajaran sesat, adat melayu dan lain-lain kegiatan / perlakuan yang diragui serta bercanggah dengan hukum syarak.
- Merangka dan merancang mengadakan aktiviti / program berbentuk seminar / forum / ”roadshow “ dalam memberi penerangan / kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu penyelewengan akidah dan syariah serta ancaman dan penyebaran ajaran sesat yang berlegar dalam masyarakat.
UNIT PENAPISAN DAN MEDIA
- Menjalankan kajian, mengenalpasti dan menapis isu-isu dalam bahan bacaan / penerbitan termasuk mushaf Al-Quran yang berbentuk media cetak / media elektronik dan barang gunaan orang Islam yang diragui bertentangan dengan ajaran Islam serta enakmen / undang-undang yang berkaitan, juga menyediakan kertas laporan berkaitan.
- Menjalankan pemeriksaan berkala / pemantauan terhadap bahan bacaan / penerbitan termasuk mushaf Al-Quran, bahan gunaan orang Islam serta laman sesawang yang dikenalpasti bertentangan dengan ajaran Islam serta enakmen / undang-undang yang berkaitan.
- Bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta jabatan / agensi lain dalam menguatkuasakan peraturan / undang-undang yang berkaitan.
- Mengurus dan menyelia aktiviti pelupusan teks dan bahan Al-Quran yang lama / rosak / salah percetakan / tidak dapat digunakan lagi serta memastikan ia dilaksanakan mengikut garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
AKIDAH DAN SYARIAH
- Menerima dan mengurus aduan yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan kesucian Agama Islam
- Menyediakan laporan lengkap penyelidikan terhadap isu-isu akidah dan Syariah
- Membuat kaji selidik mengenai hal-hal yang ada hubungkait dengan aqidah dan syariah.
- Penyelidikan dan pemantauan ajaran sesat yang dilaporkan berlaku di negeri Kelantan.
- Menganjurkan seminar, majlis penerangan, dialog dan sebagainya berkenaan pemantapan akidah.
- Penyelidikan dan pemantauan terhadap diayah agama lain.
- Menyedia dan menyebarkan maklumat yang sahih dan terkini mengenai Islam kepada seluruh masyarakat di Negeri ini.
PENAPISAN MEDIA
- Menerima aduan awam dalam isu-isu yang mengancam kesucian dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,
- Memantau bahan terbitan media massa (Whatsapp/ Facebook/Twitter/ Instagram/ Blog/ Website) dan bahan bercetak yang bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan
- Menyediakan perkhidmatan pelupusan naskah al-Quran mengikut Syara’.