BAHAGIAN OPERASI
NOORLAILAWATI BT MAMAT
TIMBALAN PENGARAH (OPERASI) S52
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya, kita terus diberi kekuatan untuk melaksanakan amanah dalam memartabatkan pengurusan Hal Ehwal Islam di negeri Kelantan. Bahagian Operasi memainkan peranan penting dalam memastikan setiap dasar dan perkhidmatan yang dirancang oleh jabatan dapat dilaksanakan dengan berkesan, teratur dan memberi impak positif kepada masyarakat.
Selaras dengan arus pendigitalan perkhidmatan awam, laman web rasmi JAHEAIK menjadi platform utama dalam memperluaskan capaian maklumat serta menyokong kelancaran urusan operasi jabatan. Usaha ini memberi ruang kepada pelanggan untuk mendapatkan maklumat awal, mengakses perkhidmatan secara dalam talian dan memudahkan interaksi dengan jabatan tanpa kekangan masa dan lokasi.
Adalah menjadi harapan saya agar laman ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak sebagai medium penyampaian yang pantas dan tepat, serta dapat menyokong kelancaran pelaksanaan operasi jabatan. Komitmen berterusan seluruh warga JAHEAIK amat dihargai demi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan sentiasa relevan, responsif dan menyentuh keperluan ummah secara menyeluruh.
Wassalam.