Skip to main content

011-25433527 jaheaik@kelantan.gov.my ahad-khamis 8.00 - 5.00

BAHAGIAN PENGURUSAN

Y.B HAJI MOHD RIDZUAN BIN SULAIMAN

TIMBALAN PENGARAH (PENGURUSAN) GRED N48

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T. atas kurnia-Nya yang tidak ternilai, kita masih diberi peluang untuk meneruskan amanah dalam memperkukuh sistem pentadbiran dan pengurusan Hal Ehwal Islam di negeri Kelantan. Dalam era yang semakin mencabar ini, keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi amat bergantung kepada kecekapan tadbir urus, penyesuaian terhadap perubahan semasa, serta penglibatan aktif semua lapisan warga jabatan.

Laman web rasmi JAHEAIK merupakan antara inisiatif penting ke arah pendigitalan sistem penyampaian maklumat yang lebih cepat, telus dan efisien. Bahagian Pengurusan menyokong sepenuhnya usaha ini sebagai satu langkah ke arah memperkemaskan sistem perkhidmatan serta menyediakan rujukan yang mudah diakses oleh masyarakat dan pelanggan jabatan.

Diharapkan usaha berterusan ini dapat memperkukuh lagi kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan JAHEAIK serta mendorong kepada budaya kerja berasaskan integriti, profesionalisme dan teknologi. Semoga laman web ini menjadi platform yang bermanfaat serta menyumbang kepada kecemerlangan perkhidmatan jabatan secara keseluruhannya.

Wassalam.


Pentadbiran Am

  1. Sebagai unit induk, berperanan menjadi penyelaras dengan memberi perkhidmatan bantuan kepada unit-unit lain.
  2. Bertanggungjawab secara keseluruhan kepada urusan penyelenggaraan semua bangunan/ ruang pejabat dan kemudahan-kemudahan lain yang berada di bawah kawalan JAHEAIK.
  3. Merancang serta mengadakan satu sistem pentadbiran yang sistematik, dinamik dan adil dengan tujuan mewujudkan satu jabatan yang sempurna.
  4. Melaksanakan tugas-tugas pentadbiran am, perkhidmatan kakitangan/ pegawai, keselamatan dokumen, mengawal selia semua peringkat kakitangan, termasuk latihan dan kebajikan mereka.
  5. Menyelaras segala kegiatan Jabatan dengan beberapa agensi luar seperti Jabatan-jabatan Agama Negeri, Mufti-mufti Kerajaan, JAKIM dan PERKIM.
  6. Menyalur data dan maklumat rasmi kepada Bahagian-bahagian lain, terutama yang menyentuh perihal dasar baru atau pindaannya – lazimnya yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri dari semasa ke semasa

Kewangan

  1. Menyelenggara peruntukan Jabatan serta mengawal perbelanjaannya
  2. Mengurus pembayaran gaji/elaun pegawai dan kakitangan keseluruhannya, termasuk pelbagai jenis habuan kepada warga Unit Dakwah Halaqat 
  3. Mengurus pembayaran tuntutan dan segala invois/bil Jabatan 
  4. Merancang keperluan peruntukan tahunan 

Pengurusan Majlis

  1. Selaku urusetia Majlis Tilawah/Menghafal al-Quran peingkat negeri 
  2. Menganjur ujian tasmi' al-Quran bagi mengenal pasti huffaz yang layak menerima habuan tahunan sumbangan kerajaan negeri 
  3. Bertanggunjawab keatas perkembangan qaryah dan urusan kebajikan masyarakat Islam di seluruh negeri melalui projek perkhidmatan Islam 
  4. Mengatur sambutan perayaan hari-hari kebesaran dengan matlamat menghidupkan syiar Islam - seperti Awal Muharram, Maulidur Rasul, Hari Hudud, Ihya' Ramadhan dan seumpamanya 

Teknologi Maklumat

  1. Mengenalpasti aplikasi dan proses yang hendak dikomputerkan (membangunkan program-program baru dan mengubahsuai program yang bermasalah) 
  2. Bertanggungjawab membantu dalam pembangunan, pemasangan dan pengendalian sistem komputer dan teknologi maklumat 
  3. Bertanggungjawab membantu dalam mengendalikan dan menyelia pangkalan data dan maklumat 
  4. Bertanggungjawab membantu dalam pelaksanaan dan pemantauan sistem Komputer dan rangkaian