Dasar Kualiti
Jabatan ini memberi sepenuh komitmen untuk memberi perkhidmatannya yang cemerlang dan berkualiti kepada umat Islam di negeri Kelantan, memenuhi dan mengutamakan kepuasan pelanggan serta beriltizam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan bagi membina dan membangunkan sebuah masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan mereka.
Keterangan Logo Baru JAHEIK
- Warna Merah : Berani Membuat Keputusan.
- Warna Kuning : Agama Islam di bawah naungan Tuanku Al-Sultan.
- Warna Putih : Suci, Arif dan Bijaksana.
- Kepelbagaian warna : Islam untuk semua bangsa dan warna kulit.
- Bentuk Bulatan : Islam memenuhi keperluan sejagat.
- 1950 : Tahun Penubuhan Awal Pejabat Agama.
- Buku : Berasaskan ilmu dan menyebarkannya.
- Bintang Bersudut 5 : Merujuk kepada 5 Pelan Transformasi Ummah iaitu Faqihan, Aminan, Rahiman, Ilman & Salaman.
- Bintang Pecahan 10 : Mempunyai cawangan pejabat agama di 10 jajahan.
- Bulan Sabit : Kedaulatan Islam.
- 2 Jata Negeri : Merujuk kepada sebuah jabatan di bawah kerajaan Negeri.
- Kubah Masjid : Melambangkan budaya masyarakat yang kuat beragama sesuai dengan jolokan Serambi Mekah.
- Tulisan Jawi : Melambangkan sebuah jabatan yang bergerak seiring dengan Peredaran masa dan berani membuat perubahan.
- Tulisan JAHEAIK : Merupakan Akronim untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan
J : Jaringan
(Jalinan kerjasama, Hubungan, Komunikasi)
A : Amanah
(Ikhlas, Jujur, Telus, Benar, Boleh Percaya)
H : Hubungan Pelanggan
(Perkhidmatan Berkualiti, Layanan Mesra, Senyuman, Ramah)
E : Ehsan
(Cemerlang, Berkualiti, Dedikasi, Cekap, Komited, Positif)
A : Akauntabiliti
(Bertanggungjawab, Berdisplin, Telus)
I : Integriti
(Trampil, Bersih Hati, Wibawa, Budi Pekerti, Peribadi Mulia, Taat Setia, Patuh, Berwawasan)
K : Kerja Berpasukan
(Berpadu Tenaga, Kerjasama, Tolong Menolong, Strategik, Berwawasan)