Skip to main content

011-25433527 jaheaik@kelantan.gov.my ahad-khamis 8.00 - 5.00

Bahagian Pengurusan Halal

 

UNIT PENTADBIRAN

  1. Menjadikan Pentadbiran Dan Pengurusan Jabatan Pengurusan Halal Cekap Dan Efisyen.
  2. Memastikan Keperluan Jabatan Pengurusan Halal Dipenuhi Dan Disediakan.
  3. Memastikan Pengurusan Kewangan Mematuhi Tatacara Kewangan.
  4. Memastikan Pengurusan Surat/Fail Dan Dokumen Memenuhi Standard Yang Telah Ditetapkan.
  5. Memastikan Perkakasan Komputer. “Networking”

 

UNIT PEMANTAUAN & PENGUATKUASAAN

  1. Menyelaraskan Pemeriksaan Dan Pemantauan Di Daerah-Daerah.
  2. Bertindak Sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan Berdasarkan APD 2011.
  3. Memastikan Produk/Premis Mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Dan Manual Standard 1500:2009.
  4. Memastikan Pengurusan Premis/Cawangan Supaya Mematuhi Semua Keperluan Halal Sepanjang Sijil Halal Digunakan.
  5. Memastikan Maklumat Atau Pekeliling Berkaitan Pemantauan/Penguatkuasaan Diselaraskan.

 

UNIT AUDIT PEMATUHAN

  1. Mengadakan Lawatan Bagi Audit/Pemeriksaan Bagi Persijilan Halal.
  2. Menentukan Keakuran Atau Ketidakakuran Pensijilan Halal Pada Premis Dengan Elemen Yang Spesifik.
  3. Menyediakan Laporan Pembetulan Pada Setiap Ketidakakuran Dalam Pelaksanaan Sistem Pensijilan Halal.
  4. Mengenalpasti Halal Cimpliance Critical Control Points (HCCCP) Pada Setiap Proses Penyediaan Produk.
  5. Mempastikan Dokumen Sulit Berkaitan Permohonan Pensijilan Halal Terkawal Dan Selamat.

 

UNIT PENSIJILAN

  1. Memproses Permohonan Persijilan Halal Secara On-Line.
  2. Meneliti Dan Menganalisa Dokumen Permohonan Pensijilan Halal.
  3. Mengadakan Bengkel/Kursus Dan Persijilan Penyembelihan Halal.
  4. Menyelaras Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pengesahan Halal.
  5. Mengadakan Dan/Atau Mengemaskini Peraturan Yang Selaras Dengan Kehendak Semasa.
  6. Mengada/Memperhebatkan Promosi Persijilan Halal Bagi Pengusaha/Industri Dan Pengguna.

 

VISI - Menjadi sebuah pusat rujukan dan perkhidmatan Pensijilan Halal Malaysia yang berwibawa dan berintegriti di Negeri Kelantan khasnya dan Malaysia amnya.

MISI - Memastikan semua produk, premis, menu dan perkhidmatan yang diberi Sijil Pengesahan Halal Malaysia  atau yang menggunakan perbahsaan halal adalah halal mengikut lunas-lunas syarak.

OBJEKTIF - Mengaudit, mengkaji, mengesah dan memantau semua produk, premis, menu dan perkhidmatan yang diberi Sijil pengesahan Halal Malaysia terjamin halal dengan cekap dan terkesan.

 

FUNGSI :

  • Menguruskan dan mengeluarkan sijil pengesahan halal dan logo halal.
  • Menganjurkan seminar, kursus taklimat atau seumpamanya yang berkaitan dengan pensijilan halal.
  • Memproses permohonan pensijilan Halal bagi Negeri Kelantan.
  • Mengaudit permohonan pensijilan halal.
  • Memantau premis-premis yang telah mendapat pensijilan halal.
  • Mengadakan program-program kesedaran kepentingan pensijilan halal.
  • Menjalankan operasi penyalahgunaan logo dan perbahasaan halal.