Skip to main content

011-25433527 jaheaik@kelantan.gov.my ahad-khamis 8.00 - 5.00

KURSUS ASAS TRAINING

[Kota Bharu] - Bahagian Undang-undang Keluarga Islam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dengan kerjasama Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah menganjurkan Kursus Asas (TOT) Penceramah Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) peringkat negeri Kelantan tahun 2025 bertempat di IBIS Style Hotel Kota Bharu Kelantan. Kursus dua hari ini melibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan JAHEAIK, Pegawai Masjid Jajahan dan Mukim Negeri Kelantan dan lain-lain pegawai dari beberapa agensi di Negeri Kelantan.
Kursus TOT ini adalah sebagai latihan yang wajib diikuti oleh individu untuk mendapatkan sijil kelayakan sebagai penceramah Kursus Praperkahwinan Islam dan untuk memberi kefahaman mengenai kandungan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPI) yang digunakan sebagai panduan dalam pelaksanaan Kursus Praperkahwinan Islam seluruh Malaysia. Kandungan modul merangkumi 10 topik, iaitu Tasawwur Islam, Perkahwinan, Prosedur Perkahwinan, Komunikasi Suami Isteri, Tanggungjawab Suami Isteri, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Kesihatan, Pengurusan Stress dan Konflik, Pembubaran Perkahwinan, Majlis Akad Nikah dan Walimatulurus dan tambahan topik untuk negeri Kelantan iaitu topik Kanun Jenayah Syariah.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Norlailawati binti Mamat, Timbalan Pengarah (Operasi) yang mewakili YABrs. Dr. Hasnan bin Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ewal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK). Turut bersama dalam majlis tersebut YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) JAKIM.