faq3 seperator2 Hubungi3 seperator2 maklumbalas3 seperator2 PetaLaman4

Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan memberikan layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu anda yang menghadapi masalah dalam berurusan, memberi perkhidmatan yang cekap dan berkualiti serta menjamin dan menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan tanah bersandarkan Kanun Tanah Negara dan arahan-arahan pekeliling secara cepat, tepat dan berkesan melalui piagam pelanggan seperti berikut:

  1. Proses Kelulusan Lesen Permit Hiburan dalam tempoh 2 hari.

  2. Pengurusan Aduan Awam
    • Akuan Penerimaan Aduan secara bertulis melalui surat atau emel akan dihantar kepada pengadu dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas aduan diterima.
    • Maklum balas terhadap aduan awam akan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Akuan Penerimaan Aduan dihantar bagi aduan berkaitan PTJM (tempoh penghantaran maklum balas turut bergantung kepada jenis aduan yang diterima sama ada aduan tersebut memerlukan kajian yang lebih lanjut dan kerumitan aduan tersebut).

  3. Cabutan dalam tempoh 15 minit.

  4. Pendaftaran Urusniaga
    • Pindahmilik (14A) dalam tempoh 1 hari.
    • Gadaian (16A) dalam tempoh 1 hari.
    • Melepas Gadaian (16N) dalam tempoh 1 hari.

  5. Pendaftaran Perintah Pesaka dalam tempoh 5 hari.

  6. Pendaftaran Pecah Sempadan dalam tempoh 14 hari.

  7. Penukaran Geran Lama Kepada Geran Baru dalam tempoh 5 hari.

  8. Pendaftaran Ubah Syarat dalam tempoh 4 hari.

  9. Pendaftaran Kaveat dalam tempoh 1 hari.

  10. Pendaftaran Hakmilik Baharu (QT) dalam tempoh 4 hari.

  11. Pendaftaran Geran Hilang dalam tempoh 14 hari.

  12. Penerimaan Bayaran Cukai Tanah (Tertakluk kepada 1 Hakmilik sahaja) dalam tempoh 3 minit.

  13. Penerimaan Bayaran Pelbagai (Tertakluk kepada 1 Hakmilik sahaja) dalam tempoh 3 minit.

  14. Pengeluaran Permit Pemindahan Bahan Batuan dalam tempoh 2 Bulan.

  15. Jualan Pelan dalam tempoh 30 minit.

  16. Permohonan Kemasukan Kaveat Persendirian dan Lien dalam tempoh hari.

  17. Permohonan Pembangunan Tanah
    • Permohonan Pecah Sempadan Tanah di bawah Seksyen 142 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
    • Permohonan Pecah Bahagian Tanah di bawah Seksyen 137 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.

PELAN PINTU

Lima tonggak ini berupa Plan Strategik Yang akan diisi pula oleh agenda tindakan dalam tiap-tiap pelan berkenaan. Dengan struktur dan pelan bersepadu tersebut digambarkan dalam gangka rajah bulat Pelan Induk Transformasi Ummah (PINTU) bagi mencapai VISI Kemuliaan (Akramakum) melalui MISI Takwa (Atqaakum) yang disebut Allah SWT dalam ayat 13 Surah Al-Hujurat.

Faham Agama FAQIHAN

Amanah AMINAN

Rahmat Kasih RAHIMAN q

Ilmu ILMAN

Sejahtera SALAMAN