faq3 seperator2 Hubungi3 seperator2 maklumbalas3 seperator2 PetaLaman4

Profil Jabatan

Image

Sejarah Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK)

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1980 dengan tujuan untuk membantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam usaha mempergiatkan aktiviti-aktiviti dakwah dan pembangunan hal ehwal Islam di negeri Kelantan.

Pada Awal penubuhannya iaitu pada 1/12/1950, bidang tugas JAHEAIK yang dikenali dengan nama Pejabat Penyelia Agama atau lebih mashyur dengan panggilan Pejabat Pencegah Maksiat lebih tertumpu kepada bidang pencegahan, penangkapan dan pendakwaan jenayah syariah semata-mata. Pejabat ini wujud di bawah Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan.

Sekitar bulan Mac 1978 kerajaan telah mewujudkan Bahagian Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan yang dikendalikan seorang pegawai yang berjawatan "Penolong Setiausaha (Hal Ehwal Agama)" serta beberapa kakitangan perkeranian. Bermula pada bulan jun 1978, struktur pentadbirannya diperbesarkan dengan diberi taraf jabatan penuh iaitu diketuai oleh seorang pegawai berjawatan Pengarah, sementara Penolong Kanannya bergelar Setiausaha, tetapi masih di bawah sayap Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan. Hanya pada tahun 1980 barulah diwujud secara berasingan dari pejabat Setiausaha Kerajaan dengan peruntukan tahunan serta kuasa mengawal kewangan dan pentadbirannya sendiri.

Pada tahun 60an dan seterusnya hingga kini, JAHEAIK telah mengalami perkembangan pesat dari segi bidang tugas serta struktur perjawatan dan pentadbirannya sesuai dengan tuntutan perubahan masa dan keadaan.

Asas kepada bidang kuasa pembangunan Hal Ehwal Islam di Malaysia telah diletakkan secara jelas dalam sistem perundangan Negara. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan. Dalam pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Pengurusan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri di mana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing. Bagi negeri-negeri yang tidak beraja, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agung adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri berkenaan.

Bagi konteks Negeri Kelantan Pengurusan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa KDYMM Al Sultan Kelantan sebagai ketua Agama Islam. Dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Islam. JAHEAIK menggunakan akta – akta seperti berikut :

  1. Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 8/2002
  2. Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 2/1985
  3. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002
  4. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002
  5. Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 3/1983
  6. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 9/2002
  7. Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil 4/1994

Objektif

  1. Mengembalikan Kemulian Insan
  2. Melahirkan Masyarakat Yang Bertaqwa
  3. Membina Sebuah Negara Yang Sejahtera

Misi

Melahirkan Ummah yang progresif berteraskan Faqihan, Aminan, Rahiman, Ilman dan Salaman sejajar dengan dasar Membangun Bersama Islam.

Visi

Menerajui pengurusan Hal Ehwal Islam yang efisien dalam melahirkan insan yang bertaqwa menjelang 1441H.

Dasar Kualiti

Jabatan ini memberi sepenuh komitmen untuk memberi perkhidmatannya yang cemerlang dan berkualiti kepada umat Islam di negeri Kelantan, memenuhi dan mengutamakan kepuasan pelanggan serta beriltizam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan cekap dan berkesan bagi membina dan membangunkan sebuah masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam kehidupan mereka.

Image

Keterangan Logo Baru JAHEIK

  • Warna Merah : Berani Membuat Keputusan.
  • Warna Kuning : Agama Islam di bawah naungan Tuanku Al-Sultan.
  • Warna Putih : Suci, Arif dan Bijaksana.
  • Kepelbagaian warna : Islam untuk semua bangsa dan warna kulit.
  • Bentuk Bulatan : Islam memenuhi keperluan sejagat.
  • 1950 : Tahun Penubuhan Awal Pejabat Agama.
  • Buku : Berasaskan ilmu dan menyebarkannya.
  • Bintang Bersudut 5 : Merujuk kepada 5 Pelan Transformasi Ummah iaitu Faqihan, Aminan, Rahiman, Ilman & Salaman.
  • Bintang Pecahan 10 : Mempunyai cawangan pejabat agama di 10 jajahan.
  • Bulan Sabit : Kedaulatan Islam.
  • 2 Jata Negeri : Merujuk kepada sebuah jabatan di bawah kerajaan Negeri.
  • Kubah Masjid : Melambangkan budaya masyarakat yang kuat beragama sesuai dengan jolokan Serambi Mekah.
  • Tulisan Jawi : Melambangkan sebuah jabatan yang bergerak seiring dengan Peredaran masa dan berani membuat perubahan.
  • Tulisan JAHEAIK : Merupakan Akronim untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan

Tagline

Nilai Bersama

J : Jaringan

(Jalinan kerjasama, Hubungan, Komunikasi)

A : Amanah

(Ikhlas, Jujur, Telus, Benar, Boleh Percaya)

H : Hubungan Pelanggan

(Perkhidmatan Berkualiti, Layanan Mesra, Senyuman, Ramah)

E : Ehsan

(Cemerlang, Berkualiti, Dedikasi, Cekap, Komited, Positif)

A : Akauntabiliti

(Bertanggungjawab, Berdisplin, Telus)

I : Integriti

(Trampil, Bersih Hati, Wibawa, Budi Pekerti, Peribadi Mulia, Taat Setia, Patuh, Berwawasan)

K : Kerja Berpasukan

(Berpadu Tenaga, Kerjasama, Tolong Menolong, Strategik, Berwawasan)

PELAN PINTU

Lima tonggak ini berupa Plan Strategik Yang akan diisi pula oleh agenda tindakan dalam tiap-tiap pelan berkenaan. Dengan struktur dan pelan bersepadu tersebut digambarkan dalam gangka rajah bulat Pelan Induk Transformasi Ummah (PINTU) bagi mencapai VISI Kemuliaan (Akramakum) melalui MISI Takwa (Atqaakum) yang disebut Allah SWT dalam ayat 13 Surah Al-Hujurat.

Faham Agama FAQIHAN

Amanah AMINAN

Rahmat Kasih RAHIMAN q

Ilmu ILMAN

Sejahtera SALAMAN