faq3 seperator2 Hubungi3 seperator2 maklumbalas3 seperator2 PetaLaman4

Pengarah Jaheaik

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurniaan-Nya kita telah dilanjutkan usia melayari tahun 2024. Peningkatan usia memberikan kita kekuatan dan keazaman untuk kita terus berbakti kepada-Nya demi kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.

Bersyukur kehadrat Ilahi dengan izin Nya dapat kita bersama di Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK). Sebagaimana yang sedia maklum, sesungguhnya perubahan dan kemajuan pesat dalam  persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sepanjang abad ini telah mengunjurkan kesan yang signifikan  terhadap pembangunan sistem pengurusan organisasi di peringkat domestik dan global. Justeru, kemampuan untuk  meraih manfaat yang timbul daripada kemajuan teknologi ICT banyak bergantung kepada keupayaan dan kapasiti  sesebuah organisasi untuk membuat penyesuaian dengan lancar dan menerima perubahan yang berlaku.

Dalam masa yang sama, untuk mempertingkatkan lagi peranan JAHEAIK dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan sebagai sebuah Jabatan Agama yang mentadbir dan mengendalikan pembangunan dan pengurusan Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Kelantan, jabatan akan turut berfungsi sebagai Pusat Maklumat Sehenti (One Stop Information Center) yang mampu memberi nilai tambah kepada mutu perkhidmatan di jabatan ini.

Sehubungan itu, melalui pengurusan kandungan laman sesawang yang baru dirangka ini maka akan dapat memastikan JAHEAIK menyalurkan maklumat perkhidmatan kepada semua pihak dan masyarakat amnya yang ingin mendapatkan maklumat awal mengenai perkhidmatan yang disediakan sebelum berkunjung ke jabatan ini.

Dalam menempuh era globalisasi dan mengurangkan jurang digital, kita perlulah memperkasakan diri dengan menyediakan pelbagai maklumat yang berguna bagi melaksanakan fungsi dan peranan utama organisasi. Oleh yang demikian, adalah menjadi hasrat JAHEAIK untuk memastikan semua aspek pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam diurus dengan penuh amanah dan berhikmah melalui pengamalan nilai-nilai murni yang dikongsi bersama sesuai dengan imejnya sebagai sebuah agensi Islam dan dipertingkatkan melalui pembudayaan dan penggunaan ICT adalah merupakan satu kemestian dalam melengkapkan diri di kalangan warga kerja di jabatan ini dan memperkemaskan serta melonjakkan sistem penyampaian kerajaan menjadi lebih cekap dan berkesan.

Laman Web Rasmi ini merupakan saluran komunikasi yang penting dalam menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat kepada pengguna kerana ianya dapat dicapai di mana jua tanpa mengira had masa. Selain itu, saya berharap portal ini dapat menyediakan semua maklumat yang tepat dan terkini bagi memenuhi kehendak kakitangan awam agensi yang lain dan juga orang awam.

Dengan ini, saya berharap melalui penggunaan perkhidmatan ini sebagai langkah awal ke arah kerajaan eletronik, JAHEAIK dapat bersama menyumbang ke arah mewujudkan penyaluran maklumat yang diperlukan oleh pelanggan dan masyarakat awam umumnya selaras dengan kemajuan Negara kita yang semakin pesat membangun. Saya juga mengalu-alukan sebarang komen dan pandangan yang membina daripada pihak anda semua dalam memantapkan lagi pengurusan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan dalam laman ini.

Wassalam.

Yang Amat Berusaha

Dr. Hasnan Bin Haji Ramli

Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan

PELAN PINTU

Lima tonggak ini berupa Plan Strategik Yang akan diisi pula oleh agenda tindakan dalam tiap-tiap pelan berkenaan. Dengan struktur dan pelan bersepadu tersebut digambarkan dalam gangka rajah bulat Pelan Induk Transformasi Ummah (PINTU) bagi mencapai VISI Kemuliaan (Akramakum) melalui MISI Takwa (Atqaakum) yang disebut Allah SWT dalam ayat 13 Surah Al-Hujurat.

Faham Agama FAQIHAN

Amanah AMINAN

Rahmat Kasih RAHIMAN q

Ilmu ILMAN

Sejahtera SALAMAN