faq3 seperator2 Hubungi3 seperator2 maklumbalas3 seperator2 PetaLaman4

Seranta Awam Atas Talian

Seranta Awam Atas Talian adalah inisiatif Kerajaan Malaysia dalam memberikan ruang dan galakan kepada orang awam mengutarakan pandangan dan maklum balas  bagi semua draf cadangan baru atau pindaan undang-undang (termasuk undang-undang kecil, dasar, peraturan, dan lain-lain), tidak kira sama ada cadangan baru atau pindaan tersebut perlu dibentangkan di Parlimen ataupun tidak.

Sehubungan itu, laman web ini disediakan untuk perundingan awam dan akan memaparkan draf cadangan baru atau pindaan undang-undang / dasar di bawah seliaan Jabatan ini.Draf tersebut akan dipaparkan pada laman web ini dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Seranta Awam Atas Talian, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012.(PDF, 210KB)

PELAN PINTU

Lima tonggak ini berupa Plan Strategik Yang akan diisi pula oleh agenda tindakan dalam tiap-tiap pelan berkenaan. Dengan struktur dan pelan bersepadu tersebut digambarkan dalam gangka rajah bulat Pelan Induk Transformasi Ummah (PINTU) bagi mencapai VISI Kemuliaan (Akramakum) melalui MISI Takwa (Atqaakum) yang disebut Allah SWT dalam ayat 13 Surah Al-Hujurat.

Faham Agama FAQIHAN

Amanah AMINAN

Rahmat Kasih RAHIMAN q

Ilmu ILMAN

Sejahtera SALAMAN