faq3 seperator2 Hubungi3 seperator2 maklumbalas3 seperator2 PetaLaman4

Soalan Lazim Bahagian Penguatkuasaan

1.Saya ingin membuat aduan berkenaan kes Jenayah Syariah (khalwat, tidak sopan dan minum arak) di tempat saya. Bagaimanakah caranya?

Sila hadir ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah atau Pejabat Agama Jajahan untuk memberi maklumat tersebut dengan mengisi borang aduan (Borang 5) atau sila hubungi talian hotline 24 jam Bahagian Penguatkuasa Agama iaitu 09-7419102. TALIAN WHATSAPP 013-9193878.

2.Sekiranya saya membuat aduan terhadap sebarang kes jenayah syariah seperti khalwat, adakah maklumat peribadi saya akan dirahsiakan?

Maklumat peribadi anda adalah dilindungi dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

 3. Apakah tindakan selepas maklumat diterima?

Semua maklumat yang diterima akan diambil tindakan serta merta oleh Pihak Penguatkuasa Agama setelah pihak kami memastikan kesahihan maklumat tersebut

  4.  Apakah jenis kesalahan yang berkuatkuasa di Negeri Kelantan?

    i) Kanun Jenayah Syariah (No. 2 tahun 1985)

- Perbuatan tidak sopan (Seksyen 5)

- Perkataan tidak sopan (Seksyen 6)

- Pondan (Seksyen 7)

- Menghasut perempuan bersuami @ lelaki beristeri supaya bercerai @ mengingkari 

  kewajipan dan tanggungjawab (Seksyen 8)

- Khalwat (Seksyen 9)

- Berkelakuan sumbang (Seksyen 10)

- Zina (Seksyen 11)

- Mukaddimah Zina (Seksyen 12)

- Bersubahat melakukan kesalahan zina (Seksyen 13)

- Liwat (Seksyen 14)

- Musahaqah (Seksyen 15)

- Hamil luar nikah (Seksyen 16)

- Melarikan isteri orang (Seksyen 17)

- Melacurkan isteri atau anak (Seksyen 18)

- Melacurkan diri (Seksyen 19)

- Melarikan perempuan (Seksyen 20)

- Menjual atau memberi anak (Seksyen 21)

- Menjadi muncikari (Seksyen 22)

- Menggalakkan maksiat (Seksyen 23)

- Takfir (Seksyen 24)

- Minuman yang memabukkan (Seksyen 25)

- Makan dalam bulan Ramadhan (Seksyen 26)

- Mengeji Pegawai Hal Ehwal Ugama Islam (Seksyen 27)

- Mengeji atau menghina Undang-Undang (Seksyen 28)

- Bersyubahat (Seksyen 29)

- Percubaan (Seksyen 30)

- Ingkar perintah Mahkamah (Seksyen 31)

    ii) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 (No. 6 tahun 2002)

- Tidak hadir di hadapan pendaftar dalam masa yang ditetapkan (Seksyen 35)

- Pelanggaran terhadap Seksyen 32 (daftar yang tidak diakui di sisi undang-undang) - (Seksyen 36)

- Gangguan terhadap perkahwinan (Halang Kahwin/kahwin paksa) (Seksyen 37)

- Akuan atau pernyataan palsu untuk mendapatkan perkahwinan (Seksyen 38)

- Akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan (Seksyen 39)

- Kesalahan-kesalahan berhubungan dengan akad nikah perkahwinan (kahwin tanpa

  kebenaran) - (Seksyen 40)

- Poligami tanpa kebenaran mahkamah (Seksyen 124)

- Perceraian di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah (Seksyen 125)

- Tidak membuat laporan (Seksyen 126)

- Meninggal langsung isteri (Seksyen 127)

- Menganiayai isteri atau suami (Seksyen 128)

- Tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada isteri (Seksyen 129)

- Isteri tidak menurut perintah (Seksyen 130)

- Percubaan menjadi murtad untuk membatalkan perkahwinan (Seksyen 131)

- Persetubuhan luar nikah antara orang yang bercerai (Seksyen 132)

- Kecuaian dengan sengaja untuk mematuhi perintah (Seksyen 133)

- Percubaan dan subahat (Seksyen 134)

iii) Majlis Agama Islam Kelantan 1994 (Bil. 4 tahun 1994)

- Masjid yang tidak diluluskan oleh Undang-Undang (Seksyen 103)

- Tidak Sembahyang Jumaat (Seksyen 104)

- Sembahyang Jumaat tanpa kebenaran (Seksyen 105)

- Tidak membayar Zakat atau Fitrah (Seksyen 106)

- Memungut dan membayar zakat dan fitrah tanpa mengikut peraturan (Seksyen 107)

- Enggan memberi maklumat taksiran zakat dan fitrah (Seksyen 108)

- Kesalahan-kesalahan amil (Seksyen 109)

- Makanan haram (Seksyen 110)

- Menggunakan harta benda wakaf tanpa kebenaran (Seksyen 111)

- Enggan menjelaskan hak baitulmal (Seksyen 112)

- Hasutan meninggalkan amalan fardhu (Seksyen 113)

- Mengeluarkan fatwa (Seksyen 114)

- Percetakan agama dan lain-lain (Seksyen 115)

- Memiliki buku-buku, majalah-majalah, dan lain-lain bertentangan dengan hukum Syarak

  (Seksyen 116)

- Mengajar tanpa kebenaran (Seksyen 117)

- Mengelola atau menyelia guru agama tanpa kebenaran (Seksyen 118)

- Ajaran salah (Seksyen 119)

- Mencerca agama (Seksyen 120)

- Mengeji pihak berkuasa atau pegawai majlis (Seksyen 121)

- Mempersendakan upacara agama (Seksyen 122)

- Engkar perintah kebawah DYMM Al-Sultan berkenaan awal Ramadhan dan Hari Raya 

  (Seksyen 123)

- Menyebabkan orang Islam keluar agamanya. (Seksyen 124)

- Menghalang kegiatan Islam (Seksyen 125)

- Mengaku wali (Seksyen 126)

- Pemujaan salah (Seksyen 127)

- Memungut khairat tanpa kebenaran (Seksyen 128)

- Kesalahan menggunakan wang atau harta (Seksyen 129)

- Bersubahat (Seksyen 130)

- Percubaan (Seksyen 131)

- Memecahkan rahsia (Seksyen 132)

- Engkar menurut perintah (Seksyen 133)

- Kesalahan-kesalahan yang tidak ditentukan hukumannya (Seksyen 134)

- Enggan mendaftar sekolah dan institusi pengajian agama (Seksyen 135)

- Menyalahgunakan ayat-ayat suci (Seksyen 136)

- Mengkompaun kesalahan-kesalahan (Seksyen 137)

    iv) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Kelantan No. 8 tahun 2002)

- Penghinaan mahkamah (Seksyen 210)

- Maklumat, keterangan atau pengakuan palsu (Seksyen 211)

- Pegawai agama yang mengingkari arahan undang-undang dengan niat hendak menyebabkan

  bencana kepada mana-mana orang (Seksyen 212)

- Tidak mengemukakan dokumen dsb. kepada pegawai agama oleh seseorang yang terikat di

  sisi undang-undang untuk mengemukakan, dsb. dokumen itu (Seksyen 213)

- Enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki dengan sewajarnya oleh pegawai agama

  supaya mengangkat sumpah (Seksyen 214)

- Enggan menjawab soalan pegawai agama yang diberi kuasa untuk menyoal (Seksyen 215)

- Enggan menandatangani pernyataan (Seksyen 216)

    Siapakah yang ada kuasa untuk membuat tangkapan bagi kes-kes Jenayah Syariah?

Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Polis, Pegawai Masjid (Imam Tua, Imam Muda Dan Bilal), Penggawa, Penghulu, dan Guru Agama Bertauliah boleh tanpa perintah daripada Hakim dan tanpa waran menangkap mana-mana orang yang ada kena-mengena dengan apa- apa kesalahan boleh tangkap di dalam Negeri Kelantan atau yang terhadapnya suatu aduan yang munasabah telah dibuat atau maklumat yang boleh dipercayai telah diterima atau syak yang munasabah wujud bahawa dia telah kena-mengena sedemikian.

    Adakah orang awam boleh membantu dalam membanteras Kes Jenayah Syariah?

Menurut Seksyen 8 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No. 8 Tahun 2002 menyatakan bahawa tiap-tiap orang adalah terikat untuk membantu seseorang Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis, yang semunasabahnya menghendaki bantuannya dalam menangkap atau mencegah terlepasnya mana-mana orang lain yang Hakim, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis itu diberi kuasa untuk menangkapnya atau dalam mencegah suatu pecah keamanan yang timbul daripada penangkapan dan penahanan orang itu. Manakala seksyen 9 enakmen yang sama juga menghendaki orang awam memberikan maklumat kepada Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis terdekat jika mengetahui perlakuan atau niat mana-mana orang untuk melakukan apa-apa kesalahan.

    Adakah Pegawai Penguatkuasa Agama mempunyai kuasa untuk menghendaki kehadiran saksi bagi sesuatu kes dan bagaimana jika saksi tersebut enggan hadir?

Seksyen 58 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No 8 Tahun 2002 memperuntukkan kuasa kepada Pegawai Penguatkuasa untuk menghendaki kehadiran saksi bagi suatu kes dan orang tersebut hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki. Jika orang itu enggan hadir, pegawai penguatkuasa agama boleh memohon waran daripada mahkamah untuk memaksa kehadiran orang tersebut

    Bolehkah seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama memecah masuk dan menggeledah rumah atau mana-mana premis semasa melakukan tangkapan?

Berdasarkan Seksyen 11 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No 8 Tahun 2002, Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis yang ada kuasa untuk menangkap boleh memecah masuk mana-mana tempat dan menggeledah di dalamnya setelah memberitahu kuasa dan maksudnya kepada tuan punya premis dan setelah permintaan hendak masuk dibuat sewajarnya serta tiada jalan lain lagi untuk masuk.

    Bolehkan Pegawai Penguatkuasa Agama menggunakan gari untuk menangkap mana-mana pesalah jenayah syariah?

Menurut Seksyen 10 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah No 8 Tahun 2002, Pegawai Penguatkuasa Agama boleh menggunakan apa sahaja langkah yang perlu untuk melaksanakan penangkapan termasuk menggunakan gari.

    Apakah tindakan keatas seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak boleh tangkap yang enggan memberikan nama dan alamat kediaman atau dia memberikan alamat kediaman di luar Negeri Kelantan?

Orang tersebut boleh ditangkap oleh pegawai itu untuk membolehkan nama dan kediamannya ditentukan dan dibawa ke hadapan hakim Mahkamah Rendah Syariah yang terdekat. Hakim tersebut boleh samaada menghendaki orang tersebut menyempurnakan suatu bon,dengan penjamin beliau hadir semula, ataupun boleh memerintahkan supaya dia ditahan sehingga dibicarakan.

    Apakah yang dimaksudkan dengan kesalahan boleh tangkap dan kesalahan tak boleh tangkap?

Kesalahan boleh tangkap ialah sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau lebih yang baginya pada lazimnya pegawai penguatkuasa agama atau pegawai polis boleh menangkap tanpa waran manakala kesalahan tak boleh tangkap ialah sesuatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh kurang daripada satu tahun atau dengan denda sahaja yang baginya pada lazimnya pegawai penguatkuasa agama atau pegawai polis tidak boleh menangkap tanpa waran.

    Apakah tindakan keatas orang awam yang memberikan maklumat, keterangan, atau pengakuan palsu kepada pegawai penguatkuasa agama?

Orang tersebut boleh didakwa dibawah seksyen 211 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.

    Adakah hukuman sebat pernah dilaksanakan keatas pesalah-pesalah jenayah syariah di Negeri Kelantan dan kes apakah yang boleh dikenakan hukuman sebat?

Negeri kelantan adalah negeri yang pertama melaksanakan hukuman sebat keatas pesalah jenayah syariah iaitu pada 25/1/1987 yang dilaksanakan di Penjara Pengkalan Chepa terhadap pesalah mukaddimah zina dan dikenakan sebanyak 3 sebatan. Sejak itu sebanyak 12 kes dijatuhi hukuman sebat dan 2 kes digugurkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah. Manakala 10 kes dilaksanakan hukuman sebat terhadap 10 pesalah. Semua kes yang diperuntukkan bagi kesalahan sebat dikenakan hukumannya kecuali di dalam kes liwat kerana tidak ada kes seperti itu.

- Kes-kes yang boleh dikenakan hukuman sebat di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2 tahun 1985 ialah :

i- zina yang tidak boleh dikenakan hukuman had – 6 sebatan

ii- muqaddimah zina – 3 sebatan

iii- liwat yang tidak boleh dikenakan had – 6 sebatan

iv- minum minuman yang memabukkan yang tidak boleh dikenakan had – 6 sebatan

    Kesalahan berkaitan dengan judi seperti membeli/menjual nombor ekor

Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEAIK tidak dapat mengambil tindakan terhadap kesalahan berkaitan dengan judi seperti membeli/menjual nombor ekor kerana kesalahan tersebut adalah di bawah bidang kuasa Polis dan bukan bidang kuasa Penguatkuasa Undang-Undang Syariah. Sehubungan itu, diharap pihak tuan/puan dapat merujuk terus kepada pihak berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

PELAN PINTU

Lima tonggak ini berupa Plan Strategik Yang akan diisi pula oleh agenda tindakan dalam tiap-tiap pelan berkenaan. Dengan struktur dan pelan bersepadu tersebut digambarkan dalam gangka rajah bulat Pelan Induk Transformasi Ummah (PINTU) bagi mencapai VISI Kemuliaan (Akramakum) melalui MISI Takwa (Atqaakum) yang disebut Allah SWT dalam ayat 13 Surah Al-Hujurat.

Faham Agama FAQIHAN

Amanah AMINAN

Rahmat Kasih RAHIMAN q

Ilmu ILMAN

Sejahtera SALAMAN