faq3 seperator2 Hubungi3 seperator2 maklumbalas3 seperator2 PetaLaman4

Soalan Lazim Undang-undang Kelaurga Islam

Bahagian Undang-undang Keluarga Islam

Apakah Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan Untuk Melangsungkan Perkahwinan? / Bagaimanakah Prosedur Permohonan Perkahwinan?

    Isi Maklumat di dalam 

    Isikan dengan lengkap borang tersebut dan pastikan perkara-perkara berikut:-

        Borang ditandatangani oleh pemohon.

        Borang ditandatangani oleh wali ( bagi perempuan).

        Dapatkan pengesahan status dan anak mukim daripada Imam Mukim

        1. Borang Permohonan Untuk Berkahwin                                                                                                                                                 

        2. Salinan Kad Pengenalan                                                                                         

        3. Salinan Sijil Kursus Pra Perkahwinan                                                                                                                                                     

        4. Laporan Ujian Saringan HIV                                                                                                                                                                

        5. Surat Perakuan Cerai (jika pemohon duda atau janda)

        6. Salinan kenyataan Islam (jika pemohon memeluk Islam)                                                                                                          

        7. Kelulusan daripada KAGAT (jika anggota tentera).                                                                                                                      

        8. Kelulusan daripada PDRM (jika anggota Polis).                                                                                                                          

        9. Borang wakalah wali (jika perempuan yang walinya tidak berkeupayaan hadir untuk mengakadnikah).                                   

        10. Salinan Surat Kematian(jika suami/isteri meninggal dunia)                                                                                                               

        11. Perintah Mahkamah mengenai kebenaran berpoligami ( jika pemohon mahu berpoligami)                                                                                                                                                                                                                                          

        i. Borang 1 (warna putih) - untuk lelaki                                                                                                                                                    

        ii. Borang 2 (warna kuning) - untuk perempuan                                                                                                                                          

        1. Borang Permohonan Untuk Berkahwin                                                                                                                                                 

        2. Laporan Ujian Saringan HIV                                                                                                                                                                     

        3. Salinan dokumen perjalanan yang sah                                                                                                                                                

        4. Surat Perakuan Cerai (jika pemohon duda atau janda)                                                                                                             

        5. Kenyataan Islam (bagi pemohon yang memeluk Islam)                                                                                                             

        6. Kebenaran atau kelulusan berkahwin (daripada konsulat atau kedutaan)                                                                                    

        7. Kebenaran Perkahwinan dari Jabatan Imigresen                                                                                                                                

        a. Warganegara Malaysia                                                                                                                                                                           

        b. Bukan Warganegara                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         

    Borang permohonan mestilah disahkan Imam Mukim pemohon berserta cop rasmi cop rasminya untuk pengesahan butiran pemohon kecuali Saudara Baru boleh disahkan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.

    Borang permohonan berserta dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dibawa kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan kawasan masing-masing untuk ditandatangani. Sila pastikan borang tersebut turut dicop dengan cop Imam Mukim berkenaan.

    Borang permohonan dihantar oleh pemohon ke Pejabat Agama Jajahan berkaitan  untuk mendapat Kebenaran Berkahwin daripada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk. Sila pastikan resit rasmi bayaran diterima oleh pemohon (Borang permohonan boleh dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh akad nikah atau selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh akad nikah).

    Pemohon mendapatkan Surat Kebenaran Berkahwin (Borang 2/Borang 2A)dalam tempoh 24 jam di Pejabat Agama Jajahan berkenaan untuk diserahkan kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan kawasan berkenaan.

    Majlis Akadnikah dilangsungkan pada tarikh yang ditetapkan di tempat pemastautinan perempuan

    Selepas Akadnikah, suami diminta membaca ta’liq dan menandatangani Surat Makluman Akad Nikah dan Surat Perakuan Nikah.

 

    Bagaimanakah Prosedur Permohonan Kad Pintar E-Nikah?

Pemohon hendaklah :

    Menyediakan gambar berukuran pasport sebanyak 1 keping setiap seorang. (Perempuan mesti bertudung DAN Lelaki Bersongkok) - latar belakang merah bagi warganegara asing.

    1 salinan fotostat kad pengenalan tuan/puan dan pasangan – latar belakang biru bagi Warganegara Malaysia dan Pemegang Pemastautin Tetap.

    1 salinan Surat Perakuan Nikah (buku hijau asal).

    Membuat bayaran sebanyak RM50.00(2 keping kad) bagi setiap permohonan Kad Pintar eNikah.

* Permohonan hendaklah dibuat di Pejabat Agama Jajahan tempat tuan/puan mendaftarkan perkahwinan tuan/puan.

Tuntutan Kad Pintar eNikah

    Pemohon boleh datang ke Pejabat Agama Jajahan untuk menuntut Kad Pintar eNikah selepas tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan

    Sekiranya pemohon tinggal / bekerja di luar negeri Kelantan maka Kad Pintar eNikah Nikah tersebut boleh dihantar kepada pemohon melalui pos dan pemohon hendaklah menyediakan sampul surat pos ekspres semasa mengisi borang permohonan.

    Sekiranya SIJIL NIKAH / BUKU NIKAH HILANG, BAGAIMANAKAH PROSEDUR PERMOHONAN SALINAN / CABUTAN SIJIL NIKAH ?

    Mengisi borang 18 yang disediakan oleh Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga. (Borang tersebut boleh diambil hanya di Pejabat Agama Jajahan) .

    Pemohon boleh menuntut salinan sijil nikah / cerai / ruju’di Pejabat Agama Jajahan selepas 7 hari dari tarikh permohonan dan bayaran yang dikenakan adalah RM25.00

    Bagi pemohon yang tinggal / bekerja di luar negeri Kelantan maka salinan tersebut boleh dihantar kepada pemohon melalui posdan pemohon hendaklah menyediakan sampul surat pos ekspres semasa mengisi borang 18.

    Bagaimanakah Cara Melakukan Ujian Saringan HIV?

    Ujian saringan HIV hanya boleh dilakukan di Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan

    Bagi ujian yang dilakukan di Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan di luar Negeri Kelantan. Sila pastikan keputusan ujian dan cop pegawai bertugas telah dicatatkan pada borang ujian saringan hiv dan diletakkan di dalam sampul

    Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menjalani ujian saringan HIV.

        Ujian Saringan HIV akan dilakukan oleh Pegawai Perubatan , Pembantu Perubatan atau Jururawat Kesihatan yang bertugas .

        Ujian dijalankan dengan mengambil setitik darah bakal pengantin dan dititiskan ke dalam alat Ujian Pantas HIV (HIV Rapid Test Kit).

        Keputusan ujian akan diperolehi dalam jangkamasa 15 hingga 30 minit.

        Keputusan akan dicatat di dalam Borang JAHEAIK/HIV (di Negeri Kelantan sahaja) dan disampulkan (Sila pastikan keputusan ujian ada dinyatakan didalam borang ujian saringan tersebut)

    Kemukakan sampul yang berisi Borang JAHEAIK/HIV bersama borang Permohonan Untuk Berkahwin kepada Pejabat Agama Daerah berkenaan.

    Siapakah Yang Dikecualikan Daripada Mengambil Kursus Pra Perkahwinan Islam ?

Orang yang dikecualikan daripada mengambil Kursus Pra Perkahwinan ini hanya orang yang pernah berkahwin (duda/berpoligami/janda), warga asing, pemegang sijil SMU, STU, STAM, Sijil Tinggi Pondok, diploma atau ijazah dalam bidang pengajian Islam, serta individu yang cacat anggota tertentu.

    Bagaimanakah Seorang Pemohon Dapat Mengenali Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian Dan Ruju’ Orang Islam (Jurunikah) Yang Perlu Ditemuinya Untuk Mendapatkan Sokongan (Temuduga) Untuk Bernikah?

Pemohon hendaklah merujuk ke Pejabat Agama Jajahan di mana dia bermastautin/bermukim.

    Adakah Pemohon Boleh Mengikuti Kursus Pra Perkahwinan Di mana-mana Tempat Di Malaysia?

Ya, pemohon boleh mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di mana-mana tempat di Malaysia, asalkan ia berasaskan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) dan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri di mana kursus itu dianjurkan.

    Dimanakah Pemohon Boleh Mengambil Borang Permohonan Berkahwin?

Pemohon boleh mengambil borang permohonan berkahwin di Masjid Mukim / Kediaman Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk di mana dia bermastautin/bermukim.

    Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Seorang Pemohon Membuat Permohonan Berkahwin?

Permohonan tersebut boleh dibuat seawal 3 bulan sebelum tarikh akad nikah dan selewatnya sebulan sebelum akad nikah dilaksanakan untuk memudahkan proses pengeluaran Kebenaran Berkahwin.

    Perlukah Setiap Pasangan Yang Akan Menjalankan Majlis Akad Nikah Di Negeri Kelantan Menjalani Ujian Darah/ HIV ?

Setiap pasangan yang akan melaksanakan majlis akad nikah dalam Negeri Kelantan adalah DIWAJIBKAN menjalani pemeriksaan ujian darah / HIV di Klinik Kesihatan KERAJAANsahaja.

    Adakah Perlu Mengemukakan Surat Cerai Untuk Memohon Kebenaran Berkahwin?

Ya, pemohon yang telah bercerai dan ingin berkahwin hendaklah mengemukakan Surat Perakuan Perceraian.

    Sekiranya Wali Asal / Bapa Tidak Dapat Dikesan, Adakah Abang Kandung Boleh Menjadi Wali?

Abang kandung tidak boleh menjadi wali tanpa kebenaran pihak berkenaan. Dalam kes seperti ini,akad nikah hendaklah dilakukan dengan wali Raja.

    Adakah Jatuh Talak Jika Isteri Dalam Keadaan Haid, Sekiranya Dilafazkan Dengan Lafaz Sorih/Jelas ?

Talak yang dilafaz suami kepada isteri yang haid adalah sah/jatuh.Talak ketika haid dinamakan talak bidie’,hukumnya haram kerana memanjangkan iddah isteri.

    Jika Mana-Mana Pasangan Ingin Rujuk Kembali Dalam Masa Iddah, Bagaimana Caranya, Samada Perlu Pergi Ke Pejabat Agama Jajahan Atau Cukup Setakat 2 Orang Saksi Sahaja?

Pasangan yang ingin rujuk, hendaklah hadir ke Pejabat Agama Jajahan supaya rujuk tersebut boleh didaftarkan. Pasangan akan diberikan Surat Perakuan Ruju’ setelah membayar fi RM 10.00

    Saya Telah Berkahwin Dengan Orang Yang Mendakwa Dirinya Wali Hakim. Kemudian Saya Mengesyaki Perkahwinan Saya Ini Didalangi Sindiket Nikah Palsu, Dan Pada Ketika Itu Bapa Saya Masih Ada. Adakah Sah Perkahwinan Saya?

Akad nikah yang berlaku hendaklah sempurna rukun dan syaratnya. Salah satu rukun nikah ialah wali. Sekiranya bapa masih ada dan layak menjadi wali, maka bapalah yang menjadi wali. Akad nikah yang berlaku tanpa mendapat kebenaran Pendaftar adalah suatu kesalahan. Akad nikah ini jika dibuat oleh wali raja yang tidak dilantik secara betul, maka akad nikah tersebut tidak sah. Hanya wali Raja yang dilantik oleh DYMM Al-Sultan (di Kelantan) sahaja boleh mengakad nikahkan perempuan yang tidak berwali.

    MAS KAHWIN untuk Negeri Kelantan

Kadar Mas Kahwin di Kelantan adalah berbeza-beza mengikut tempat dan status perempuan. semua hantaran adalah termasuk dalam mas kahwin. biasanya jumlah mas kahwin adalah sekitar RM5000-RM10000.

    Pendaftaran Kursus Perkahwinan (MBKPI)

1) Kursus Perkahwinan boleh didaftarkan pada hari bekerja (ahad hingga khamis) di mana-mana Pejabat Agama Jajahan yang dikehendaki dengan merujuk kepada jadual kursus di Laman Web Jaheaik atau FB JAHEAIK(tarikh kursus mengikut jajahan)

2) Sila bawa bersama satu (1) salinan Kad Pengenalan (MyKad) pemohon beserta dengan bayaran RM 70.00

    Lafaz Cerai dengan Talak 3 buat kali Pertama : 1) Adakah boleh bernikah semula di negeri lain?. 2) Adakah perlu bernikah dengan cara 'laki cina buta' terlebih dahulu sebelum dapat bersatu semula?

1) Tidak boleh berkahwin semula dengan bekas suami atau isteri walaupun di negeri lain. Ini kerana perceraian tersebut adalah termasuk dalam "Talaq Bain" (perceraian yang tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula).

2) Haram hukumnya bernikah dengan cara 'laki cina buta', kerana ia termasuk dalam nikah muhallil iaitu pernikahan yang berlaku di antara seorang lelaki dengan wanita yang telah diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga. Pasangan yang bercerai dengan talak tiga tidak boleh rujuk kembali, melainkan setelah isteri tersebut berkahwin dengan lelaki lain dan berlaku persetubuhan dengan suami baru itu. Selepas wanita tersebut diceraikan oleh suaminya barunya dan setelah tamat edah, wanita tersebut boleh berkahwin dengan bekas suaminya dengan akad nikah baru.

Imam Abu Ishak Al-Juzijani mengetengahkan sebuah riwayat bersumber dari sahabat Ibnu Abbas ra, dia telah berkata: Rasulullah saw pernah ditanya tentang muhallil. Jawab Rasulullah: "Tidak boleh, kecuali kalau dia menikah dengan wanita itu berdasarkan cinta, bukan hanya kerana suruhan bekas suaminya yang ingin meruju' wanita itu kembali. Dan bukan hanya kerana ingin mempermainkan kitabullah, kemudian boleh menghirup madu manisnya wanita itu (bersetubuh)."

Ibnul-Musayyab telah berkata: "Barangsiapa menikahi seorang wanita dengan tujuan menjadi muhallil (orang yang memisahkan antara talaq ba'in hingga boleh diruju' kembali oleh suami pertama) bagi bagi bekas suami yang telah menceraikannya dengan talaq bain (talaq yang tidak boleh diruju’ atau bernikah semula), maka cara yang demikian adalah haram."

Syaikh Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitab Az-Zawajir pada pembahasan dosa-dosa besar telah berkata: Imam Ahmad, Nasai dan Imam yang lain mengetengahkan sebuah riwayat yang sahih, bersumber dan Ibnu Mas'ud ra, bahawa Rasulullah saw melaknati muhallil (orang yang memisahkan antara thalaq ba'in hingga boleh diruju' kembali oleh suami pertama) dan muhallal-lah (orang yang menceraikan isterinya dengan tiga kali talaq).

Imam Ibnu Majah mengetengahkan sebuah riwayat dengan sanad yang sahih, bahawa Rasulullah saw telah bersabda; "Bersediakah sekiranya aku memberi khabar kepadamu tentang seorang lelaki yang menyewakan isterinya?" Jawab para sahabat: "Ya, kami bersedia menerimanya, ya Rasulallah." Lalu Rasulullah bersabda: "Yakni muhallil. Allah melaknati muhallil dan muhallallah."

bekas isteri hanya boleh berkahwin semula dengan bekas suami setelah bekas isteri berkahwin dan bersetubuh dengan suami yang baru, kemudian suami tersebut menceraikan bekas isteri (dengan syarat ianya berlaku tanpa dirancang bagi tujuan menghalalkan perkahwinan bekas isteri dengan bekas suami yang telah menceraikan bekas isteri dengan talaq tiga).

    Jika seorang lelaki yang cukup syarat dan bukan dari Negeri Kelantan tetapi ingin berkahwin dengan orang dari negeri kelantan (perempuan) tanpa kebenaran isteri pertama adakah boleh membuat permohonan di jaheaik untuk berkahwin?

Antara prosedur-prosedur untuk berpoligami ialah suami mesti mendapatkan kebenaran berkahwin dari mahkamah syariah negeri masing-masing, tidak boleh berkahwin tanpa kebenaran mahkamah dan Jabatan Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) tidak boleh memberikan kebenaran berkahwin.

    Adakah perlu pihak lelaki membayar mas kawin atau hantaran dalam nikah gantung?

Pihak lelaki tidak perlu membayar mas kahwin bagi nikah gantung selagi perkahwinan tersebut masih tergantung.

    Pertanyaan tentang penceraian

Saya dah berkahwin selama 2 tahun lebih. Pada suatu malam, saya dan isteri bergaduh dan akhirnya saya menceraikan dia. Lafaz cerai saya "aku cerai kamu. Berkemas dan aku hantar balik. Aku cerai kamu." Saya dan isteri tahu yang talak itu terjadi sebab saya sebagai suami menggunakan lafaz yang jelas. Setelah bertenang, saya merujuk kembali isteri saya. Lafaz saya "awak, kembali ia kepada saya. Saya nak rujuk awak kembali." Dan isteri saya menjawab 'ya setuju'.

PERSOALAN:

    Mengikut lafaz cerai saya, talak jatuh berapa? 1 ke 2? Memandangkan saya lafaz 2 kali ayat "aku cerai kamu" akan tetapi pada masa yang sama tidak diselangi dengan apa-apa perbuatan. 2. Apa yang faham tentang rukun adalah 3 iaitu suami yang merujuk, isteri yang dirujuk dan lafaz rujuk. Persoalan saya, adalah rujuk saya sah.

JAWAPAN:

Sekiranya berlaku hal demikian, perlulah segera membuat pengesahan cerai rujuk di Mahkamah Rendah Syariah.

    Saya mempunyai masalah untuk menghantar permohonan perkahwinan saya.

Persoalan:

Wali adalah abang saya Shamsuraimi Ismail kerana ayah dan datuk saya telah meninggal dunia. Saya tidak dapat mengemukakan sijil kematian datuk saya yang meninggal pada tahun 1942. Semasa datuk saya meninggal, umur ayah baru 3 tahun dan ayah merupakan anak bongsu. Saya telah merujuk kepada JPN mengenai sijil kematian datuk saya. Saya tidak dapat memberikan maklumat mengenai kematian datuk kerana waris-waris yang kenal dengan datuk saya semuanya telah meninggal dunia. JPN meminta saya mencari maklumat seperti tarikh kematian, tempat daftar kematian, nombor daftar kematian dan sebagainya. Saya telah menghubungi JAIP Pahang berhubung perkara ini dan menyuruh saya mengemukakan saksi untuk bersumpah mengenai kematian datuk saya dan syarat untuk menjadi saksi tersebut hendaklah orang yang pernah melihat dan berjumpa dengan datuk saya. Adalah sukar untuk saya mencari saksi yang masih hidup pada waktu ini.

Jawapan:

Cik perlu membuat akuan sumpah di bawah Surat Akuan Berkanun bagi mengesahkan bahawa walinya telah meninggal dunia dan kemukakan surat tersebut semasa permohonan perkahwinan.

    Apakah prosedur yang diperlukan sekiranya pasangan yang berkahwin di Thailand ingin mendapatkan sijil pernikahan?

Pasangan perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah bersama wali dan dua orang saksi untuk pengesahan perkahwinan. Setelah selesai perbicaraan, membayar denda dan mendapat keputusan dari pihak mahkamah, beliau hendaklah mendaftarkan perkahwinan tersebut di Pejabat Agama Jajahan berdekatan dengan tempat beliau tinggal untuk pendaftaran nikah dengan menyertakan dokumen sepertimana berikut:

    a) Keputusan perbicaraan/pengesahan perkahwinan dari Mahkamah Syariah

    b) Sijil Nikah asal

    c) Resit bayaran denda

    d) Ujian saringan HIV

    e) Salinan kad pengenalan/pasport kedua-dua pasangan

    f) Borang 8 (ambil di Mahkamah Syariah) - pengesahan anak mukim dari imam

    g) Gambar berukuran pasport kedua-dua pasangan :

    i) Berlatarbelakang warna biru bagi warganegara

    ii) Berlatarbelakang warna merah bagi bukan warganegara

iii) Lelaki bersongkok atau berkopiah

    iv) Perempuan bertudung yang menutup aurat

    h) Bayaran pendaftaran dan taklik RM91.00

PELAN PINTU

Lima tonggak ini berupa Plan Strategik Yang akan diisi pula oleh agenda tindakan dalam tiap-tiap pelan berkenaan. Dengan struktur dan pelan bersepadu tersebut digambarkan dalam gangka rajah bulat Pelan Induk Transformasi Ummah (PINTU) bagi mencapai VISI Kemuliaan (Akramakum) melalui MISI Takwa (Atqaakum) yang disebut Allah SWT dalam ayat 13 Surah Al-Hujurat.

Faham Agama FAQIHAN

Amanah AMINAN

Rahmat Kasih RAHIMAN q

Ilmu ILMAN

Sejahtera SALAMAN